Wednesday, 11 December 2013

Tips Pemilihan Komponen Gaming PC AMD

Walaupun Intel menguasai dalam kelajuan CPU dan Nvidia pula menguasai dalam kelajuan GPU, kebanyakan gamer gemar memilih komponen AMD untuk membina Gaming PC mereka kerana ia lebih murah serta mudah untuk dubuat overclock. Pemproses Intel juga boleh dibuat overclock, namun ia lebih mahal. Bagi anda yang merancang membina Gaming PC, di bawah ada beberapa tips asas untuk membina Gaming PC AMD anda.




Tips Pemilihan Komponen Gaming PC AMD

Walaupun pemproses Intel terbukti lebih pantas daripada pemproses AMD dari segi kuasa pemprosesan CPUnya, namun pemproses dan APU AMD mempunyai kelebihannya dari segi GPU dan fleksibilitinya, terutamanyta dari segi bajet. Lagipun, dalam bermain permainan video, kuasa GPU lebih penting dari CPU.

Perkara pertama yang harus ditentukan sebelum membeli komponen Gaming PC AMD anda ialah mengetahui bajet anda. Ini kerana berdasarkan bajet tersebut, pemilihan jenis CPU atau APU akan dibuat. Jika anda lebih mementingkan bajet, anda boleh memilih APU A-series, manakala jika bajet bukan masalah kepada anda, anda bolehlah memilih pemproses FX series.

Beza APU A-Series dengan Pemproses FX-series

APU A-Series menggabungkan CPU dan GPU dalam satu cip. Ia direka khas untuk pengguna bajet. Hal ini dibuktikan kerana setiap mode APU A-series direka untuk dipasangkan dengan model kad grafik tertentu untuk menjalankan fungsi Dual Graphics, iaitu menggabungkan kuasa GPU didalam APU dengan GPU pada kad grafik untuk meningkatkan prestasi grafik keseluruhan sistem itu.

Kelemahannya ialah jika anda menggunakan kad grafik berlainan daripada apa yang direkomenkan untuk dipasangkan dengan APU itu, ia agak merugikan. Sebagai contoh lihat gambar di bawah:




Di sebelah kanan kotak APU tersebut tertulis senarai gabungan kad grafik + APU yang sesuai. Jadi, sebagai contoh pemporses A10 sesuai dipasangkan dengan kad grafik AMD Radeon HD 6670 dan dengan gabungan ini dikatakan prestasi grafiknya akan ditingkatkan setaraf dengan kad grafik Radeon HD 6690 hasil teknologi AMD Dual Graphics. Jadi anda tidak perlu membeli kad grafik Radeon HD 6690 yang lebih mahal.

Jika anda berdegil juga dan mahu membeli kad grafik Radeon HD 6690, tiada peningkatan prestasi akan dilihat kerana kad grafik tersebut tidak direka untuk dipasangkan dengan APU tersebut. Bermakna anda rugi dari segi wang membeli kad grafik itu. Jadi sebelum membeli kad grafik, lihat di sebelah tepi kotak APU untuk melihat kombinasi APU + kad grafik yang sesuai.

Pemproses FX series pula adalah pemproses sepenuhnya dan tiada GPU dimuatkan sekali pada cip tersebut. Ia mempunyai jumlah core dari 4 hingga 8, berbanding APU siri A yang hanya mempunyai 4 core. Ini bermakna anda bebas memilih kad grafik yang mana sesuai dengan bajet anda. Prestasi grafik sistem tersebut bergantung kepada kad grafik yang anda pilih.

Memilih Papan Induk (MotherBoard)
Kedua-dua pemproses siri FX dan APU siri A menggunakan soket papan induk yang berlainan (siri FX – Soket FM3+ dan APU siri A – Soket AM2), jadi pastikan anda membeli yang sesuai. Jika anda bercadang untuk menaiktaraf PC anda, cuba dapatkan papan induk dengan dua slot PCIe untuk kad grafik. Kelak bila anda mempunyai wang yang lebih, anda boleh mendapatkan kad grafik kedua untuk dijalankan secara Crossfire dengan kad grafik sedia ada bagi menambahkan prestasi grafik keseluruhan sistem.

Kad Grafik

Dalam sistem penomboran kad grafik AMD Radeon biasanya terdapat 4 nombor, sebagai contoh, Radeon HD 7850. Nombor 7 merujuk kepada siro kad, nombor 8 merujuk kepada generasi kad dan nombor 50 merujuk kepada kekuatan kad tersebut.

Nombor yang paling penting untuk diperhatikan ialah dua nobor terakhir kerana ia memberi kesan kepada kepantasan kad grafik tersebut. Biasanya terdapat 4 nombor berlainan iaitu 30 (low end), 50 (entri), 70 (mid-range) dan 90 (Pro/high-end).

Nombor ini penting kerana sebagai contoh, jika anda membandingkan kad grafik Radeon HD 7850 dengan kad grafik HD 7790, besar kemungkinan anda akan mendapat lebih FPS dengan kad grafik HD 7790, walaupun HD 7850 mempunyai nombor di kedudukan ketiga yang lebih tinggi.

Jika anda mahir atau bercadang belajar overclock, bolehlah dapatkan kad grafik dengan versi “OC”, yang bermaksud kad grafik tersebut boleh dibuat overclock.

Apa pun, adalah penting untuk mencari keputusan benchmark yang ingin dibeli sebelum anda membelinya.Tomshardware.com adalah salah satu website yang sering membuat benchmark kad grafik.

Komponen lain

Bagi komponen lain, pastikan gaming PC AMD anda mempunyai RAM mencukupi (sekurang-kurangnya 4GB, tetapi 8GB lebih baik), pastikan juga anda mempunyai bekalan kuasa yang mencukupi, sekurang-kurangnya 500w dan pastikan aliran udara dalam casing anda lancar bagi mengelakkan pemanasan lampau.

AMD suatu ketika dahulu terkenal dengan pemproses yang cepat panas, namun pemproses terkini tidak mempunya masalah itu lagi. Walaubagaimanapun, jika anda bercadang untuk membuat overclock pemproses, anda seharusnya cuba dapatkan cooler yang lebih baik daripada cooler standard.

Bagi monitor pula, tak kira apa jua saiznya, cuba dapatkan monitor yang mempunyai response rate yang rendah, monitor biasa mempunyai kadar 8 milisaat (ms) manakala monitor untuk gaming seharusnya mempunyai nilai dari 1 hingga 5ms, di mana nilai lebih rendah lebih baik.

Selamat membina Gaming PC AMD anda!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...