Wednesday, 11 December 2013

Acer Memperkenalkan Laptop Aspire E1 Dan V5 Dengan APU Terbaru AMD

Acer telah memperkenalkan siri laptop terbaru Acer Aspire E1 dan V5 di mana kedua-dua model laptop ini dilengkapi pemproses generasi terbaru AMD.

Acer Memperkenalkan Laptop Aspire E1 Dan V5 Dengan APU Terbaru AMD

Bagi menandingi pesaingan daripada Intel yang akan melancarkan pemproses generasi terbaru Haswell, Acer memperkenalkan siri laptop Aspire E1 dan V5 yang direka untuk memanafaatkan pemproses generasi terbaru daripada AMD.

Siri laptop Aspire V5 akan didatangkan dengan siri APU AMD Elite Mobility dan Elite Quad-core siri-A. Ia akan didatangkan dalam 3 saiz skrin dengan/tanpa kebolehan sentuh iaitu 11.6-inci, 14-inci dan 15.6-inci . Model terpilih seperti V5-452 akan dilengkapi kad grafik diskrit AMD Radeon HD8750 dan dilengkapi pelbagai mod sambungan seperti HDMI.

Acer Aspire E1 pula akan didatangkan dalam 2 saiz skrin iaitu 14-inci dan 15.6-inci dan pengguna mempunyai pilihan APU iaitu AMD quad-core A6 atau A4. Ia juga didatangkan dalam warna ”piano black” dan “clarinet black”.

Siri laptop V5 akan mula dipasarkan pada penghujung Mei di beberapa negara Eropah sementara siri E1 telahpun berada di pasaran. Siri laptop Acer Aspire V5 dijual antara RM1,299 dan RM2,299 bergantung kepada model, manakala siri laptop Aspire E1 dijual pada harga antara RM1299 dan RM 2,899.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...