Anda kini boleh menggunakan teknologi kawalan antaramuka Leap Motion dengan memperkenalkan keyboard Leap Motion kepada beberapa model komputer keluarannya yang dipasangkan dengan perisian Leap Motion.
Apabila disambungkan, keyboard tersebut akan membolehkan pengguna mengawal 8 model komputer semua dalam satu HP dan 3 model desktop baru HP dengan gestur tangan. Kawalan tambahan itu tidak serasi dengan semua model, sebaliknya hanya dengan model-model untuk pasaran US seperti yang tersenarai di bawah.
Fungsi Leap Motion ini ditawarkan kepada model-model komputer HP sedia ada termasuk Pavilion 23 TouchSmart, Pavilion 23, Envy 700, Envy Phoenix 810, Pavilion 500 dan Envy Recline 23 TouchSmart.
Manakala, turut tersenarai sebagai komputer serasi ialah model-model akan datang termasuk Pavilion 21 TouchSmart, Envy Recline 23 Beats, Envy Recline 27 TouchSmart, di samping HP Envy Touchsmart 23 serta edisi khasnya.
HP juga tidak membiarkan pelanggannya terkapai-kapai mencari aplikasi serasi dengan Leap Motion. Komputernya didatangkan siap dipasang dengan perisian yang mendemonstrasikan penggunaan fungsi Leap Motion. Pengguna juga mempunyai akses kepada Airspace, iaitu app store untuk Leap Motion untuk memuat turun aplikasi baru yang serasi dengan kawalan gestur tangan.
Dijangka integrasi perkakasan Leap Motion dengan keyboard HP akan dapat membezakan komputer HP dalam pasaran komputer yang dibanjiri pesaing-pesaing seperti Dell, termasuk pengeluar OEM. Tetapi selain US, tidak dapat dipastikan samada integrasi ini akan menyertakan model-model komputer HP yang dijual di Malaysia.


No comments:
Post a Comment