Wednesday, 11 December 2013

SSD Mini 1TB Pertama Dunia Diperkenalkan

Ultrabook yang akan dikeluarkan tahun depan akan mendapat satu penambahbaikan besar dengan pengenalan SSD Mini termasuk SSD Mini 1TB versi mSATA yang mempunyai kapasiti besar dengan saiz yang kecil.


Dalam satu pos blog, Samsung telah memperkenalkan SSD Mini 1TB pertama di dunia dengan pengenalan barisan produk 840 EVO mSATA SSD. Biasanya hanya SSD bersaiz 2.5 inci mampu memuatkan kapasiti data sebanyak itu, dengan SSD Ultrabook mencapai had maksima pada 250GB. SSD Samsung ini walaubagaimanapun didatangkan dalam kapasiti 120GB, 250GB, 500GB dan 1TB.

Perkembangan terbaru dalam arena peranti storan ini bermakna ultrabook yang dikeluarkan tahun hadapan akan didatangkan dengan kapasiti ruang storan yang lebih besar tanpa menambahkan saiz dan beratnya.

SSD mSATA 1TB Samsung itu mempunyai ketebalan 3.85mm dan mempunyai berat hanya seberat 8.5 gram. Menurut Samsung ia mempunyai kelajuan membaca sepantas 540MB/s dan kelajuan menulis sepantas 520MB/s, meletakkannya sama pantas dengan SSD 2.5 inci. ini bermakna pengguna memperolehi prestasi SSD desktop pada ultramuk mereka.

Walaupun 840 EVO mSATA SSD dilancarkan bulan ini, pengguna tidak dijangka akan dapat melihat model ultrabook dilengkapi teknologi baru ini sebelum pengujung tahun ini kerana ia mengambil masa untuk pengeluar mengadaptasikan teknologi ini pada produk mereka.

Jadi bagi mereka yang merancang untuk membeli ultrabook tahun ini, bolehlah menangguhkan rancangan itu sehingga tahun hadapan supaya mendapat teknologi terbaru pada ultrabook mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...