Wednesday, 11 December 2013

Perbezaan AMD Dan Intel

Terdapat 2 jenis processor iaitu AMD dan Intel, dan kedua-duanya adalah keluaran US.

AMD lebih pentingkan kelajuan processor. Dengan kata lain jika anda mendapatkan 2 jenis processor AMD dan Intel yang hampir sama harga, maka sudah tentu AMD lagi laju.

Disebabkan AMD pentingkan kelajuan maka processor tersebut menghasilkan lebih banyak haba berbanding Intel. Itulah yang menyebabkan AMD sering berlaku 'overheating' pada laptop.

Intel pula mementingkan ketahanan. Dengan kata lain kelajuan yang sama padan dengan ketahanan. Kalau Intel keluarkan Processor baru yang laju, maknanya produk tersebut sudah melepasi piawaian kualiti ketahanan yang mereka gariskan.


Jadi, bolehkah kalau kita nak tukar processor daripada AMD ke Intel? Jawapannya tidak boleh. Sebabnya motherboard itu direka khas untuk AMD. Kalau nak tukar kena tukar sekali dengan motherboard. Itupun kena pastikan motherboard itu padan dengan casing laptop. Dengan kata lain lebih baik beli yang baru.


Ringkasannya:
Tanda-tanda berlakunya kerosakan motherboard adalah seperti berikut: (berdasarkan pengalaman kami)


1) Laptop tidak memberikan sebarang tindakbalas walaupun sudah menekan butang power.


Ada kemungkinan juga laptop mengalami masalah: 1)charger, 2)skrin. Cara mengesan mana satu yang bermasalah: 1) cuba guna charger lain (pastikan voltan output sama dengan yang asal), 2) sambungkan laptop ke monitor PC, kalau tiada sebarang paparan juga kemungkinan besar motherboard yang bermasalah.

2) Menggunakan processor AMD.
Contoh pelekat Processor AMD dan Intel
3) Berlakunya overheating (kepanasan yang melampau) pada laptop.


Sekiranya laptop anda ada tanda-tanda no 2 dan 3 seperti yang disebutkan di atas, cepat-cepat gunakan cooler untuk menyejukkan sedikit suhu pada laptop. Elakkan menggunakan laptop di atas permukaan yang berkain kerana ia boleh mengganggu pengaliran haba pada laptop. Sebaliknya boleh guna diatas permukaan yang bersimen.


Adakah kerosakan ini boleh dibaiki?

InsyaAllah, boleh sekiranya tidak melibatkan kerosakan cip utama di motherboard. Terlebih dahulu kami akan minta persetujuan daripada pelanggan sebelum membaiki motherboard ni kerana kos baiki agak tinggi, paling kurang kosnya RM180, waranty 10 hari. Tetapi risiko untuk berlaku lagi kerosakan ini agak tinggi, dan tidak boleh dijangka hayatnya sampai bila. Ada yang kami baiki masih mampu bertahan sehingga setahun lebih, ada juga yang hanya mampu bertahan 2, 3 hari sahaja.


Andainya sanggup tanggung risiko ini, barulah kami akan baiki kerosakan motherboard ini. Pernah seorang pelanggan menceritakan kepada kami yang beliau sudah baiki motherbaord laptop sebanyak 4 kali. Akhirnya, beliau beli baru. Nasihat kami kepada pelanggan yang menggunakan laptop processor AMD, jika ada duit lebih baik beli laptop baru yang menggunakan processor Intel. kalau hendak baiki pun cukuplah sekali sahaja. Jika berulang kerosakan simpan duit untuk beli yang baru. itu lebih baik.
processor


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...