Thursday, 12 December 2013

Apa Itu Padlet


Padlet adalah satu aplikasi Internet yang membolehkan orang ramai atau pengguna untuk menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan mudah. Ia berfungsi seperti kunci dalam kertas talian di mana orang ramai boleh meletakkan apa-apa kandungan . Contohnya, imej, video, dokumen, dan teks di mana-mana pada halaman yang telah disediakan, bersama-sama dengan sesiapa sahaja, dari mana-mana peranti.


Antara kelebihan Padlet ni ialah ia mudah digunakan. Selain itu boleh memasukkan URL, video dan juga gambar. Apabila anda memasukkan teks pada wall yang disediakan, anda boleh share dengan rakan-rakan anda yang lain . Untuk masukkan teks hanya perlu double click pada wall, kemudian boleh start untuk menaip apa sahaja.


Berikut merupakan contoh penggunaan Padlet yang kami telah hasilkan di dalam kelas Advanced IT Application.


Jom kunjungi laman http://padlet.com/ untuk melihat sendiri antaramuka dan kegunaan padlet ini... \(^_^)/


Google Chromecast, Perangkat Terbaru untuk Menghubungkan HDTV dengan Perangkat Mobile Resmi Diumumkan

Google tidak hanya mengumumkan ketersediaan Android 4.3 serta tablet Nexus 7 terbarunya. Raksasa search engine dunia tersebut juga turut memperkenalkan sebuah perangkat baru bernama Chromecast yang ditujukan untuk mengontrol HDTV dengan berbagai macam perangkat elektronik.



Chromecast ini memiliki bentuk yang mungil, semacam USB flashdisk tapi menggunakan port HDMI. Untuk menggunakan perangkat ini pun cukup mudah. Cukup mencolokkan Chromecast pada HDTV melalui port HDMI maka selanjutnya Anda bisa mengontrol HDTV tersebut dari berbagai macam perangkat. Dari perangkat Android, iOS ataupun notebook.

Untuk melakukannya, Anda hanya butuh menghubungkan HDTV tersebut melalui jaringan WiFi dengan perangkat mobile. Dengan begitu, Anda bisa streaming YouTube secara otomatis di HDTV dengan tap tombol baru ‘Cast’ di YouTube.

Dengan menggunakan Chromecast, Anda juga tidak usah menyalakan TV. Dengan melakukan langkah di atas, TV akan secara otomatis menyala, memilih mode yang tepat serta mulai menjalankan video. Anda pun bisa memainkan sebuah video atau memakai playlist.

Selain itu, terdapat pula fitur beta yang memungkinkan untuk membuka tab Chrome di HDTV. Dengan fitur ini, Anda tetap bisa browsing selagi streaming video.

Perangkat ini pun sudah mulai dijual Google melalui Play Store seharga 35 USD. Namun Google belum mengumumkan apakah mereka akan menyediakan Chromecast ini secara global atau tidak.


Perbandingan samsung s4 dengan I Phone 5

Wednesday, 11 December 2013

Tips Pemilihan Komponen Gaming PC AMD

Walaupun Intel menguasai dalam kelajuan CPU dan Nvidia pula menguasai dalam kelajuan GPU, kebanyakan gamer gemar memilih komponen AMD untuk membina Gaming PC mereka kerana ia lebih murah serta mudah untuk dubuat overclock. Pemproses Intel juga boleh dibuat overclock, namun ia lebih mahal. Bagi anda yang merancang membina Gaming PC, di bawah ada beberapa tips asas untuk membina Gaming PC AMD anda.




Tips Pemilihan Komponen Gaming PC AMD

Walaupun pemproses Intel terbukti lebih pantas daripada pemproses AMD dari segi kuasa pemprosesan CPUnya, namun pemproses dan APU AMD mempunyai kelebihannya dari segi GPU dan fleksibilitinya, terutamanyta dari segi bajet. Lagipun, dalam bermain permainan video, kuasa GPU lebih penting dari CPU.

Perkara pertama yang harus ditentukan sebelum membeli komponen Gaming PC AMD anda ialah mengetahui bajet anda. Ini kerana berdasarkan bajet tersebut, pemilihan jenis CPU atau APU akan dibuat. Jika anda lebih mementingkan bajet, anda boleh memilih APU A-series, manakala jika bajet bukan masalah kepada anda, anda bolehlah memilih pemproses FX series.

Beza APU A-Series dengan Pemproses FX-series

APU A-Series menggabungkan CPU dan GPU dalam satu cip. Ia direka khas untuk pengguna bajet. Hal ini dibuktikan kerana setiap mode APU A-series direka untuk dipasangkan dengan model kad grafik tertentu untuk menjalankan fungsi Dual Graphics, iaitu menggabungkan kuasa GPU didalam APU dengan GPU pada kad grafik untuk meningkatkan prestasi grafik keseluruhan sistem itu.

Kelemahannya ialah jika anda menggunakan kad grafik berlainan daripada apa yang direkomenkan untuk dipasangkan dengan APU itu, ia agak merugikan. Sebagai contoh lihat gambar di bawah:




Di sebelah kanan kotak APU tersebut tertulis senarai gabungan kad grafik + APU yang sesuai. Jadi, sebagai contoh pemporses A10 sesuai dipasangkan dengan kad grafik AMD Radeon HD 6670 dan dengan gabungan ini dikatakan prestasi grafiknya akan ditingkatkan setaraf dengan kad grafik Radeon HD 6690 hasil teknologi AMD Dual Graphics. Jadi anda tidak perlu membeli kad grafik Radeon HD 6690 yang lebih mahal.

Jika anda berdegil juga dan mahu membeli kad grafik Radeon HD 6690, tiada peningkatan prestasi akan dilihat kerana kad grafik tersebut tidak direka untuk dipasangkan dengan APU tersebut. Bermakna anda rugi dari segi wang membeli kad grafik itu. Jadi sebelum membeli kad grafik, lihat di sebelah tepi kotak APU untuk melihat kombinasi APU + kad grafik yang sesuai.

Pemproses FX series pula adalah pemproses sepenuhnya dan tiada GPU dimuatkan sekali pada cip tersebut. Ia mempunyai jumlah core dari 4 hingga 8, berbanding APU siri A yang hanya mempunyai 4 core. Ini bermakna anda bebas memilih kad grafik yang mana sesuai dengan bajet anda. Prestasi grafik sistem tersebut bergantung kepada kad grafik yang anda pilih.

Memilih Papan Induk (MotherBoard)
Kedua-dua pemproses siri FX dan APU siri A menggunakan soket papan induk yang berlainan (siri FX – Soket FM3+ dan APU siri A – Soket AM2), jadi pastikan anda membeli yang sesuai. Jika anda bercadang untuk menaiktaraf PC anda, cuba dapatkan papan induk dengan dua slot PCIe untuk kad grafik. Kelak bila anda mempunyai wang yang lebih, anda boleh mendapatkan kad grafik kedua untuk dijalankan secara Crossfire dengan kad grafik sedia ada bagi menambahkan prestasi grafik keseluruhan sistem.

Kad Grafik

Dalam sistem penomboran kad grafik AMD Radeon biasanya terdapat 4 nombor, sebagai contoh, Radeon HD 7850. Nombor 7 merujuk kepada siro kad, nombor 8 merujuk kepada generasi kad dan nombor 50 merujuk kepada kekuatan kad tersebut.

Nombor yang paling penting untuk diperhatikan ialah dua nobor terakhir kerana ia memberi kesan kepada kepantasan kad grafik tersebut. Biasanya terdapat 4 nombor berlainan iaitu 30 (low end), 50 (entri), 70 (mid-range) dan 90 (Pro/high-end).

Nombor ini penting kerana sebagai contoh, jika anda membandingkan kad grafik Radeon HD 7850 dengan kad grafik HD 7790, besar kemungkinan anda akan mendapat lebih FPS dengan kad grafik HD 7790, walaupun HD 7850 mempunyai nombor di kedudukan ketiga yang lebih tinggi.

Jika anda mahir atau bercadang belajar overclock, bolehlah dapatkan kad grafik dengan versi “OC”, yang bermaksud kad grafik tersebut boleh dibuat overclock.

Apa pun, adalah penting untuk mencari keputusan benchmark yang ingin dibeli sebelum anda membelinya.Tomshardware.com adalah salah satu website yang sering membuat benchmark kad grafik.

Komponen lain

Bagi komponen lain, pastikan gaming PC AMD anda mempunyai RAM mencukupi (sekurang-kurangnya 4GB, tetapi 8GB lebih baik), pastikan juga anda mempunyai bekalan kuasa yang mencukupi, sekurang-kurangnya 500w dan pastikan aliran udara dalam casing anda lancar bagi mengelakkan pemanasan lampau.

AMD suatu ketika dahulu terkenal dengan pemproses yang cepat panas, namun pemproses terkini tidak mempunya masalah itu lagi. Walaubagaimanapun, jika anda bercadang untuk membuat overclock pemproses, anda seharusnya cuba dapatkan cooler yang lebih baik daripada cooler standard.

Bagi monitor pula, tak kira apa jua saiznya, cuba dapatkan monitor yang mempunyai response rate yang rendah, monitor biasa mempunyai kadar 8 milisaat (ms) manakala monitor untuk gaming seharusnya mempunyai nilai dari 1 hingga 5ms, di mana nilai lebih rendah lebih baik.

Selamat membina Gaming PC AMD anda!

Keyboard Leap Motion Didatangkan Dengan Komputer Desktop dan Semua dalam Satu HP

Bagi mereka yang ingin tahu bagaimana pengalaman penggunaan peranti Leap Motion, kini mereka boleh mengalami kerana HP telah melancarkan keyboard Leap Motion yang serasi dengan beberapa model komputernya yang dipasangkan dengan perisian Leap Motion.




Anda kini boleh menggunakan teknologi kawalan antaramuka Leap Motion dengan memperkenalkan keyboard Leap Motion kepada beberapa model komputer keluarannya yang dipasangkan dengan perisian Leap Motion.

Apabila disambungkan, keyboard tersebut akan membolehkan pengguna mengawal 8 model komputer semua dalam satu HP dan 3 model desktop baru HP dengan gestur tangan. Kawalan tambahan itu tidak serasi dengan semua model, sebaliknya hanya dengan model-model untuk pasaran US seperti yang tersenarai di bawah.

Fungsi Leap Motion ini ditawarkan kepada model-model komputer HP sedia ada termasuk Pavilion 23 TouchSmart, Pavilion 23, Envy 700, Envy Phoenix 810, Pavilion 500 dan Envy Recline 23 TouchSmart.

Manakala, turut tersenarai sebagai komputer serasi ialah model-model akan datang termasuk Pavilion 21 TouchSmart, Envy Recline 23 Beats, Envy Recline 27 TouchSmart, di samping HP Envy Touchsmart 23 serta edisi khasnya.



HP juga tidak membiarkan pelanggannya terkapai-kapai mencari aplikasi serasi dengan Leap Motion. Komputernya didatangkan siap dipasang dengan perisian yang mendemonstrasikan penggunaan fungsi Leap Motion. Pengguna juga mempunyai akses kepada Airspace, iaitu app store untuk Leap Motion untuk memuat turun aplikasi baru yang serasi dengan kawalan gestur tangan.

Dijangka integrasi perkakasan Leap Motion dengan keyboard HP akan dapat membezakan komputer HP dalam pasaran komputer yang dibanjiri pesaing-pesaing seperti Dell, termasuk pengeluar OEM. Tetapi selain US, tidak dapat dipastikan samada integrasi ini akan menyertakan model-model komputer HP yang dijual di Malaysia.

SSD Mini 1TB Pertama Dunia Diperkenalkan

Ultrabook yang akan dikeluarkan tahun depan akan mendapat satu penambahbaikan besar dengan pengenalan SSD Mini termasuk SSD Mini 1TB versi mSATA yang mempunyai kapasiti besar dengan saiz yang kecil.


Dalam satu pos blog, Samsung telah memperkenalkan SSD Mini 1TB pertama di dunia dengan pengenalan barisan produk 840 EVO mSATA SSD. Biasanya hanya SSD bersaiz 2.5 inci mampu memuatkan kapasiti data sebanyak itu, dengan SSD Ultrabook mencapai had maksima pada 250GB. SSD Samsung ini walaubagaimanapun didatangkan dalam kapasiti 120GB, 250GB, 500GB dan 1TB.

Perkembangan terbaru dalam arena peranti storan ini bermakna ultrabook yang dikeluarkan tahun hadapan akan didatangkan dengan kapasiti ruang storan yang lebih besar tanpa menambahkan saiz dan beratnya.

SSD mSATA 1TB Samsung itu mempunyai ketebalan 3.85mm dan mempunyai berat hanya seberat 8.5 gram. Menurut Samsung ia mempunyai kelajuan membaca sepantas 540MB/s dan kelajuan menulis sepantas 520MB/s, meletakkannya sama pantas dengan SSD 2.5 inci. ini bermakna pengguna memperolehi prestasi SSD desktop pada ultramuk mereka.

Walaupun 840 EVO mSATA SSD dilancarkan bulan ini, pengguna tidak dijangka akan dapat melihat model ultrabook dilengkapi teknologi baru ini sebelum pengujung tahun ini kerana ia mengambil masa untuk pengeluar mengadaptasikan teknologi ini pada produk mereka.

Jadi bagi mereka yang merancang untuk membeli ultrabook tahun ini, bolehlah menangguhkan rancangan itu sehingga tahun hadapan supaya mendapat teknologi terbaru pada ultrabook mereka.

Antivirus

Salah satu software penting yang perlu ada di komputer sekarang ialah antivirus. Tujuannya untuk mengelakkan komputer kita daripada dijangkiti virus yang pelbagai terutamanya bagi pengguna Operating System (OS) Windows. Kami Alhamdulillah, terselamat kerana menggunakan OS Ubuntu, yang mana virus tidak dapat menyerang OS ini.


Setiap komputer cukup hanya dibekalkan dengan satu jenis Antivirus sahaja, sama ada Kaspersky, Avira, AVG atau sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama). Kami tidak menggalakkan anda menggunakan 2 atau 3 antivirus yang berlainan sekaligus.


Entri kali ini, bro apiz ingin berkongsi cara bagaimana untuk menukar menggunakan antivirus A ke antivirus B. Uninstall dulu antivirus A kemudian baru install antivirus B. Maklumat terperinci boleh lihat catatan di bawah ini.



Ni contoh uninstall Antivirus Avira

Langkah 1:
'Right Click' pada lambang Antivirus asal di icon Taskbar - untick Antivirus Guard enable (abaikan sekiranya tiada)





Langkah 2:
Start - Control Panel - Add or Remove Programs (Windows XP) - highlight antivirus tersebut - remove / uninstall





Ikut arahan yang diberikan sampai habis.


Langkah 3:
Start - Run - taip 'regedit' - HKEY_LOCAL_MACHINE - SOFTWARE - klik pada folder antivirus yang digunakan - delete (abaikan step ini sekiranya folder antivirus tersebut tiada)



Langkah 4:
Install Antivirus yang baru mengikut arahan yang diberikan.

Sekian, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...