Tuesday, 12 November 2013

MODEL TERBARU ACER

Acer Malaysia baru saja melancarkan laptop ultra (laptop jenis nipis) dengan kod nama S, dipanggil sebagai Acer Aspire S (mungkin itu adalah singkatan daripada perkataan SLIM!). Tepatnya, laptop terbaru ni adalah Acer Aspire S3 dengan harga RM2599 pada saat artikel ini ditulis. Mungkin sekarang harganya dah turun sedikit.
Apa yang hebatnya Acer Aspire S3 ni? Pertama sekali, ia sungguh nipis iaitu setebal 13mm sahaja berbanding laptop Acer sebelum ini, walaupun Aspire Timeline X diwar-warkan sebagai laptop ternipis yang pernah dibuat oleh Acer. Hard disk untuk Aspire S3 dibuat dari jenis SSD (Solid State Drive), hard disc model serupa yang turut digunakan di dalam laptop MacBook Air buatan Apple.
Acer Aspire S3 sungguh pantas! Apabila dihidupkan, laptop ini cuma mengambil masa 8 saat sahaja untuk boot up sepenuhnya, sedangkan laptop biasa mengambil masa di antara 11-20 saat untuk proses boot selesai ketika laptop baru dihidupkan. Semua ini menjadi possible dengan Acer Green Instant On, teknologi terbaru dari Acer. Aspire S3 menggunakan sistem perisian Windows 7 Home Edition, processor jeni Intel i5, RAM sebanyak 4GB DDR3 dari jenis DDR3, kapasiti storan hard disknya pula adalah sebanyak 320GB. Cukup banyak untuk sebuah laptop dari jenis ultra.
Umumnya, Acer Aspire S3 lebih sesuai digukana untuk kerja-kerja pejabat, untuk menaikkan imej perniagaan dan untuk hiburan peribadi. Laptop ini kami lihat tidak sesuai diguanakan untuk bermain games atau untuk kerja-kerja design yang berat. Jika Anda mahu bermain games dengan menggunakan laptop Acer Aspire S3, boleh dapatkan Aspire S3 dengan model yang menggunakan cip Intel i7, di mana apa saja laptop yang di pasang dengan cip i7 adalah untuk tugasan ‘heavy duty’ dan untuk gaming.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...